Tanda-tanda Cowok Sayang dan Cinta Sama Kamu
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah: 1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan karena terpaksa. 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang pandai berbicara. 3. Dia banyak menasehati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 4. Dia berusaha mengekang kebebasan kekasihnya karena perasaan cemburunya yang meluap-luap. 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 6. Dia sentiasa mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga. 7. Dia tidak suka ada lelaki lain dekat dengan kekasihnya. 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan sepenuh perhatian kepadanya. 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain. 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 11. Dia pandai mengambil hati karena ingin dipuji oleh kekasihnya. 12. Dia akan bingung apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. 13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya. 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 15. Dia sering bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya. 16. Dia tidak akan melayani perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa skeptis dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasihnya kembali kepadanya. 20. Apabila muncul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta dan nyawanya sendiri. 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jika dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya. 23. Tidak semua lelaki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
0 komentar:
Posting Komentar